Hanya Bicara Hati
[Rasa dihati.....hanya dia yang tahu]
Thursday, March 29, 2012
Kajian Tindakan: Perbandingan Kajian Tindakan dan Kajian Konvension...
Kajian Tindakan: Perbandingan Kajian Tindakan dan Kajian Konvension...: KAJIAN TINDAKAN VS KAJIAN KONVENSIONAL Aspek Kajian Tindakan Kajian Konvensional Tujuan Memp...
Friday, March 23, 2012
BAB 3
Sekali lagi dia menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau lapan tahun dulu, dia ke sini untuk melangkah pergi. Tapi hari ini melangkah pulang. Pulang bagaikan Si Camar yang rindukan kampung halaman. Kembali bagaikan sirih pulang ke gagang. Sudah jemu dia menjadi Si Camar yang bersayapkan waktu, bersatukan suram senja dan berlagukan raungan ombak.
Lapan tahun dulu dia pergi. Pergi membawa awan pilu, di kala hati mendung bagaikan awan yang memberat dengan titisan-titisan air. Sehingga terlupa ada cahaya mentari yang menyinari hidupnya selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha penyayang. Kalau tidak kerana adanya Ibu Rasyidah, Iffa Alwani dan juga Doktor Irdina, barangkali dia akan terus terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpanya lantaran kerana terlalu memikirkan kesedihan di hati. Dia belajar untuk memendam rasa itu, menguburkan segalanya, menyimpannya di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hati....ya, dia harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik buatnya. Sungguh benar indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan persoalan hidup.
“Woiii, berangan!” sergah satu suara. Terlepas majalah ditangannya.
Thursday, March 22, 2012
Saturday, February 11, 2012
Dandelion lagi
Dandelion adalah sumber inspirasinya. Bunga liar itu mampu hidup dalam apapun keadaan. Saat rumput disekitarnya mati kerana kemarau panjang, dandelion masih mampu berdiri dengan tegar. Saat tumbuhan lain terombang-ambing ditiup angin dan ditimpa hujan lebat, ia tetap mampu melewati itu dan tetap menunjukkan ketegarannya. Seolah menyeru pada alam bahawa ia kuat. Dia ingin seperti dandelion, kuat dalam keterbatasan yang dimilikinya~~Nurin Ardini.
Friday, February 10, 2012
Doa
Assalamualaikum wbt....lama juga tidak menulis dan seangkatan dengannya. Kesibukkan hari-hari kian menghambat masa dan diri. Apa khabar semua? Kali ini saya ingin berkisah tentang doa. Doa yang akan diijabah oleh Allah adalah doa yang penuh dengan kepasrahan jiwa, keberserahan diri, keikhlasan hati, dan ketulusan cinta pada NYA. Serta keyakinan yang kuat akan pertolonganNYA. Pasrah dan reda atas apapun yang terjadi pada hari mendatang, ikhlas menerima apapun takdir yang Allah tetapkan untuk kita. Menyerahkan seluruh hasil ikhtiar yang telah kita perjuangan hanya padaNYA. Tidak berhenti untuk tulus, mencintaiNYA dengan selalu memberi yang terbaik. Tanamkan keyakinan bahawa disebalik setiap kesulitan hidup yang kita rasakan, pasti akan ada hikmah kebaikan yang ingin Allah berikan pada kita.....
(Dalam mood kepasrahan Nurin Ardini menerima sebuah takdir dalam "dandelion ditiup angin"
Monday, February 6, 2012
~~Musim Dingin~~
Tika mentari enggan menyua wajah
Melindung sinar kea lam sarwa
Jiwa manusia diusik gusar hiba
Dalam suram kelam siang
Bayu pun berbisik dingin
Biar malam terasa panjang
Berasak menanti siang
Sejuk kini membungkus tubuh
Fajar pun tidak lagi dini
Digugah rindu pada mentari
Dingin musim ini
Membeku segala hara
Berkurun tersungkur dilantai resah
Melayang diarca maya
Dalam sayap rasa
Saturday, December 31, 2011
BAB 2
Zalimkah skrip yang terlakar buatnya pada hari itu? Hanya Allah Taala
sahaja yang tahu dan mengerti cerita hati yang tersirat di sebalik babak ke
babak yang silih berganti. Sungguh parah hatinya. Namun itulah Sunnatullah,
perjalanannya yang sudah ditulis. Kering sudah air mata Nurin Ardini. Menangisi
ketentuan yang langsung tidak terduga…..jauh dari jangkauan perancangannya. Yang
kedengaran hanyalah esak dan sedannya sahaja. Sesiapa yang memandangnya pun
turut merasa sebak. Mungkin benar, tatkala kehilangan….barulah menyedari bahawa
setiap anugerah itu sangat bermakna……sangat indah! Anugerah yang sebelum ini disesali, rupanya
begitu berbekas bila tiba-tiba terpaksa kehilangannya. Bertimpa-timpa rasa
kesal menerjah dinding hatinya. Kesal kerana pernah membenci janin yang saat
itu berada di dalam rahimnya. Mungkin kerana rasa benci itu, maka dia diambil
oleh yang Maha Pencipta….fikiran Nurin Ardini kian tidak menentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

