Syuhada duduk di satu kerusi di tepi dinding. Orang yang ramai di dalam bank itu membuatkan dia sakit kepala. Serabut otaknya. Dijelingnya Mazni yang duduk disebelahnya sambil memeriksa buku banknya.
“Lambat lagi ke nombor Kak Maz?” Mazni berpaling. Memandang Syuhada yang kelihatan tidak bermaya.Mungkin penat.
“Lambat lagi Syu. Nombor 235. Sekarang ni baru 184. Syu letih ke?” terasa menyesal di hatinya kerana mengajak Syuhada menemaninya tadi. Bukan dia tidak tahu kepenatan Syuhada. Jadual Syuhada sentiasa padat berbanding dengan orang lain.
“Tak apalah kak. Syu bukannya letih cuma bosan. Kalau bawak novel tadi boleh jugak baca. Duduk saja macam ni, emm memamglah mengantuk”.
“Kelas Syu pukul berapa?”
Syuhada teringat pada pelajarnya. Lima orang murid berbangsa Cina yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Ramai yang mempertikaikannya kenapa dia tidak memberi tution kepada pelajar Melayu. Bukan dia tidak mahu. Pelajar Melayu di bandar kecil seperti ini lebih suka mengikuti kelas bimbingan yang diadakan di sekolah. Lebih murah. Berbanding dengan murid Cina, ibu bapa mereka mampu mengeluarkan belanja yang banyak. Biarlah orang kata dia materialistik. Dia tidak kisah. Yang penting dia dapat apa yang diingini. Susah senang keluarganya tiada siapa peduli. Biasalah adat manusia...yang kecil dan tidak berharta, terus tersisih.
Sementara itu di dalam Manager roo
m
kelihatan seorang lelaki sedang terjenguk-jenguk dari pintu kaca bank itu. Apabila pasti dengan pandangannya dia kembali ke kerusinya. Shahrul Riezman hairan melihat telatah Hatta. Terlalu ramaikah pelanggan di luar? tanya hati kecilnya. Biasalah waktu-waktu macam sekarang ini memanglah waktu kemuncak.
m
kelihatan seorang lelaki sedang terjenguk-jenguk dari pintu kaca bank itu. Apabila pasti dengan pandangannya dia kembali ke kerusinya. Shahrul Riezman hairan melihat telatah Hatta. Terlalu ramaikah pelanggan di luar? tanya hati kecilnya. Biasalah waktu-waktu macam sekarang ini memanglah waktu kemuncak.
“Dia ada di luar Man” Shahrul Riezman mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hatta. Dia?...Siapa yang ada di luar?
“Siapa?”
“Buah hati kaulah. Siapa lagi?”
Shahrul Riezman bangun dari kerusinya lantas keluar dari biliknya. Berpura-pura memeriksa kaki tangannya membuat kerja. Matanya diarahkan ke arah pelanggan yang ramai. Tiba-tiba pandangannya tertumpu ke arah seorang gadis yang sedang menyandarkan kepalanya di dinding. Hatinya berbunga riang. Dia masuk semula ke biliknya mendapatkan Hatta.
“Kita mesti buat sesuatu Hatta. Paling kurang pun kita mesti dapatkan nombor telefon dia hari ini”
“Tapi aku rasa bukan dia yang berurusan dengan bank. Kawan dia. Tapi tak apa, kau tunggu sini. Tahulah aku nak buat apa”
Hatta melangkah keluar dari bilik Riezman. Sesuatu mula berlegar di kepalanya. Orang sepertinya memang sentiasa ada idea. Dia berdiri di suatu sudut sambil memerhatikan mereka berdua. Sebentar kemudian salah seorang dari mereka bangun lalu menuju ke kuanter 6. Hatta cepat-cepat ke kuanter itu lalu membisikkan sesuatu kepada kawannya yang bertugas di kuanter itu.
“Cik terpaksa tunggu sebentar. Ada masalah dengan akuan Cik ni”
“Masalah apa tu?” tanya Mazni meminta kepastian.
“Cik duduk dulu, nanti kami akan panggil” Mazni melangkah ke arah Syuhada sambil mengerutkan dahinya. Ada rasa pelik dihatinya....bukankah baru minggu lepas dia berurusan dengan bank ini...mustahil ada masalah.
“Kenapa Kak Maz. Semacam aje Syu tengok?
"
"
“Entah Syu. Kak Maz pun pelik. Mereka kata akaun Kak Maz ada problem. Tapi setahu Kak Maz akaun Kak Maz sentiasa aktif”
Mazni melabuhkan punggungnya di sisi Syuhada sambil menanti namanya dipanggil semula. Tidak sampai lima minit namanya telah pun dipanggil. Mazni masuk ke dalam sebuah bilik dengan terpinga-pinga. Selama dia berurusan dengan bank tidak pernah dia mengalami keadaan seumpama itu. Di mana-mana bank sekalipun. Syuhada hanya duduk di luar menanti urusan Mazni selesai.
Syuhada semakin gelisah di kerusinya. Sesekali dia melihat jam ditangannya. Sudah setengah jam Mazni di dalam bilik itu. Kenapa belum keluar-keluar lagi? Masa bagaikan emas baginya. Dia malas berhutang kelas dengan anak muridnya. Sukar untuk mencari masa yang terluang untuk menggantikannya nanti. Ada beberapa kumpulan pelajar yang menjadi anak muridnya. Dan kesemuanya pelajar Cina. Memberi kelas bimbingan dalam kumpulan yang kecil, bayaran lumayan. Itu yang membuatkan Syuhada mampu hidup dengan selesa. Mampu menyalurkan sedikit keselesaan buat adik-adiknya di kampung.
“Okay, jom kita balik” Syuhada tersentak. Tidak sedar Mazni sudah berada di sebelahnya.
Malas bertanya lanjut, Syuhada menuruti langkah Mazni menuju ke keretanya. Sesekali dia melihat Mazni tersenyum-senyum memandangnya.
“Kenapa dengan Kak Maz ni, tersenyum sorang-sorang?” Mazni mengeluarkan keretanya dari petak tempat letak kereta.
“Manager bank tu handsome tau, Syu” Syuhada ketawa kecil.
“Kalau handsome, kenapa?” tergeleng-geleng kepala Syuhada melihat Mazni yang masih tersenyum-senyum.
“Rugi Syu tak ikut masuk sekali tadi” Mazni masih lagi tergelak-gelak kecil. Lucu rasa hatinya bila mengingatkan peristiwa tadi. Macam-macam perangai manusia dalam dunia ini.
“Rugi apanya Kak Maz? Kalau Syu masuk pun bukannya dapat apa-apa pun”
“Mana tahu kot nanti dia berkenan kat Syu” pecah ketawa Syuhada. Berkenan kat aku? Hmmm … lambatlah sikit. Kalau mamat tu berkenan dekat dia pun belum tentu dia akan berkenan sama.
No comments:
Post a Comment