Monday, February 14, 2011

~~Bab 9~~


            Sesekali berkumpul, terasa meriah. Sudah lama mereka tidak berkumpul begitu. Syuhada leka bermain catur dengan adik lelakinya. Yang lain sibuk berbual sesama sendiri. Jarang sekali Sukri balik. Namun kepulangannya kali ini nampak lain. Baik. Leka melayan karenah adik-adiknya. Syuhada tidak ambil pusing. Memang dia sudah arif dengan perangai Alongnya. Baik-baik  mesti ada makna. Sebentar kemudian dia dipanggil oleh ibunya ke anjung rumahnya.
“Ada apa mak?” Syuhada duduk di hadapan mereka. Sukri tersengih-sengih di sebelah Zainab.
“Along kau ni dah nak kahwin bulan April nanti. Kau sendiri tahu kan?” Zainab memulakan bicara. Syuhada mengangguk.
“Dah tu kenapa?” acuh tak acuh dia bertanya. Hendak kahwin...kawinlah. Apa masalahnya.
“Along tak cukup duitlah Syu. Along ingat nak pinjam duit Syu” Sukri bersuara sambil memandang Syuhada penuh harapan. Nah, inilah udang disebalik batunya!....Sudah kuagak....getus hatinya.
“Along ingat Syu banyak duit” Syuhada menyimpan geram. Jemu dia dengan sikap Sukri yang tak habis-habis meminta bantuan. Bukannya tak ada kerja tapi malas.
“Alah Syu, tak kan lima ribu pun tak ada” Zainab pula bersuara.
“Lima ribu? Mak ingat sikit ke? Syu tak ada duit banyak tu”
“Kalau Syu tak tolong, majlis tu tentu tak jadi”
“Along yang nak kahwin, carilah duit sendiri. Dua tahun bertunang, tak kan tak sempat kumpul duit”  protes Syuhada sebal.
“Lepas kahwin nanti, Along bayarlah duit Syu tu” Sukri masih lagi berharap. Dua bulan lagi tempoh pertunangannya dengan Anita tamat namun duit simpanannya belum mencukupi. Hanya Syuhadalah satu-satunya harapan dia.
“Along tak pernah bayar bila along pinjam dari Syu. Dah banyak kali along pinjam kan?” Syuhada mula mengungkit.
“Kali ini along janji” Sukri bersuara bersungguh-sungguh. Syuhada mencebik. Janji …. Sudah berbakul janji, tunainya tidak.
“Syu betul-betul tak boleh tolong. Separuh dari gaji Syu untuk bayar kereta. Mana nak dapat duit banyak tu?”
Sukri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia betul-betul buntu.
“Kalau tak ada duit, nikah aje, tak payah nak buat majlis”
“Kau jangan nak malukan mak, Syu. Dahlah dulu kau malukan mak bila kau putuskan pertunangan. Heboh satu kampung sampai sekarang tak habis lagi tau” ungkit Zainab tiba-tiba. Hati kecil Syuhada tersentuh. Tidak pernah kupinta takdir itu, mak......keluh hatinya sebak.
“Malu apanya mak. Majlis tu kan hukumnya sunat. Tak berdosa kalau kita tak buat. Lebih baik dari berhutang sana sini” Syuhada bersuara sinis. Zainab mengeluh.
“Tak apa. Mulai hari ini, jangan harap along akan balik ke rumah ni lagi. Kalau Anita cari pandai-pandailah kau orang jawab” Sukri mencapai topi keledarnya lalu keluar dari rumah. Zainab cuba menahan tapi motosikalnya sudah memecut laju. Zainab terduduk semula di kerusinya. Dia faham benar perangai anak sulungnya itu. Kalau kehendaknya tidak diturut, berbulan-bulan dia menghilangkan diri.

Syuhada mengeluh di dalam hati. Kesal dengan sikap Sukri. Orang lain kahwin dia hendak kahwin. Tapi tidak bertanggungjawab. Dua tahun bertunang, lima ribu pun tak mampu nak simpan. Kesian Anita. Macam Manalah dia boleh terpikat dengan along agaknya. Mungkin betul cinta itu buta. Tapi cinta tidak akan membuat kita kenyang.
“Kau tengoklah Syu. Kalau kita tak tolong along, sampai bila-bila pun dia tak balik lagi ke sini” Zainab bersuara. Syuhada menatap wajah ibunya. Terbetik rasa kasihan di dalam hati. Kalau dia berkeras, siapa yang akan menolong ibunya. Siapa yang akan menolong anak kesayangan ibunya itu.
“Dia cakap macam tu?” Zainab mengangguk.
“Dia saja nak ugut kita. Bukan Syu tak tahu perangai along tu”
“Apa salahnya kau tolong dia. Dia kan abang kau”
“Tak salah tolong mak. Tapi along tu tak boleh diberi muka. Bila susah, kita tolong dia. Bila mintak duit, mak bagi. Sebab tu dia malas. Syu bukannya apa mak. Syu nak dia sedar. Sampai bila dia nak bergantung dengan kita, mak” Syuhada masih lagi memandang wajah ibunya. Dia berharap kali ini Zainab tidak menyokong kehendak Syukri.
“Lepas kahwin nanti dia berubahlah” Zainab bersuara perlahan.
“Kalau berubah. Kalau tidak?” Syuhada bangun meninggalkan Zainab yang masih terpinga-pinga. Malas dia memikirkan masalah Sukri.
“Mak dengan along nak apa kak?” tanya Ruby sebaik sahaja Syuhada melangkah masuk ke dalam bilik. Syuhada merebahkan tubuhnya di atas katil. Lega rasanya urat-urat sendi. Paras adik perempuannya dipandang.
“Apa lagi. Nak pinjam duitlah. Dia tak mintak dengan kau?”
“Mintak. Tapi Ruby cakap tak ada. Berapa banyak dia nak pinjam dari akak?”
“Lima ribu” Syuhada mengeluh. Teringat duit simpanannya di dalam bank. Kalau dicampur dengan simpanan dalam Tabung Haji, ada rasanya lima ribu.
“Kakak bagi?”
“Entah. Tapi kalau tak bagi kesian pulak pada mak” 
Mustahil dia akan mengecewakan ibunya setelah aib itu membuatkan hubungan mereka renggang. Mustahil dia sanggup menambah jurang yang sedia ada.

2 comments:

  1. Cis... Nak kawenpun mintak duit orang. klu dah kawen bagi anak makan pasir aje...

    ReplyDelete
  2. hihihi.....memang hangin dgn sukri ni

    ReplyDelete