andai nanti aku berhenti tersenyum..
andai nanti aku berhenti lakarkan kisah tentangmu..
andai nanti kita tidak lagi seperti dulu
hingga tercipta ceritamu,cerita ku..
andai nanti tiada lagi bicara antara kau dan aku..
mahukah kau ampuni aku..
kerana ketika semua itu menyapa..
bermakna telah tiada kamu di hatiku.
andai waktu boleh kuraih kembali..
akan kucari ruang sekali lagi..
menghimpun yang baik untuk dikenang..
takkan ada kesalahan untuk dibenci..
takkan ada luka, dan rasa pedih..
...semuanya akan tetap indah.
Bila pasti telah tiada kamu dihatiku..Aku pasti tidak seindah mentari lagi ..megah terang menghias siang..Aku mungkin hanya sejalur pelangi ..yang cuma menumpang cahayanya mentari ..selepas hujan berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment