Friday, February 11, 2011

~~Jemputlah Aku~~

                      Dia sudah tua.....usianya sahaja sudah menjangkau ke angka 77. Namun hidupnya bertemankan sunyi. Sepi bersendirian dari dulu hinggalah kini. Tiada teman berbual apatah lagi teman bergaduh. Dunianya hanya dirumah kecil yang dibina oleh badan kebajikan masyarakat lewat berpuluh tahun dulu.

                      Simpati melihat namun adakah yang sanggup memikul sama beban yang ditanggung. Ya....benar waktu dulu dia tidak perlu sesiapa untuk membantunya sementelah tenaga masih mampu dikerah. Namun kini.....bila diri mula dimamah usia...tenaga mula dijengah lelah...dia tidak betah untuk hidup sendiri. Pada siapa harus mengadu?....pada siapa harus berpaut??..........
                      Dia mula terbaring lesu. Menanti simpati datang menjenguk. Kaki mula membengak...memberat... tidak lagi berupaya melangkah....lantas dia terus terbaring dirumah kecil itu. Wanita tua mula menyebut nama seorang demi seorang saudara seibu seayah. Dimana mereka?????....Sembilan orang semuanya....Takkanlah seorang pun tidak terlintas untuk menjenguknya. Ya memang benar dia tidak mempunyai keluarga sendiri...tiada suami..tiada anak. Namun dia masih mempunyai adik-beradik kandung, anak saudara dan cucu saudara. Dimana mereka semua??????
                       Saat lelah semakin menelan tenaga.....seorang demi seorang datang. Menjejakkan kaki mereka ke rumah kecil itu. Ada rasa lapang didada wanita tua itu. Mereka tidak pernah membuang aku...bisik hatinya berkali. Beribu kali syurkur terungkap. Namun rasa lapang itu hanya mampu lalu tanpa mahu singgah dan bertapak di mekar kelopak hatinya.
                      Datang mereka datang menuntut hak.....bukan atas rasa tanggungjawab. Hak untuk menjadi pemegang amanah memegang akaun yang diterima dari Kebajikan Masyarakat. Yang hanya RM300 sebulan. Sepertinya tidak pernah berlaku namun itulah realiti yang ada dihadapan mata. Tidak seorang pun diantara mereka terlintas untuk membawa wanita tua itu ke hospital atau pun mendapatkan rawatan dimana-mana institusi perubatan. Yang ditelagahkan hanyalah wang yang tidak seberapa itu.
                      Hanya airmata yang mampu mentasir pilu sekeping hati. Diam-diam dia berdoa...... jemputlah aku wahai ALLAH......................

No comments:

Post a Comment