Thursday, March 10, 2011

~~Buat Sayang~~

Rembulan pun tersenyum 
Membias cahaya dilangit malam 
Hilang gelap menutup kelam 
Hilang suram meninggal walang 
Datanglah siang dibawa angan 

 Pentas hidup 
 Hati menari dilantai bahagia 
Buih-buih kasih menjadi hamparan cinta 
Untaian rasa membekas dijiwa 
Dan rindu pun berlagu-lagu 
Terikat padu...menjadi satu 

 Duhai yang bernama sayang.... 
Hadirmu membuah indah diranting derita 
Menghalau pergi serimbun resah 
Yang telah lama bertamu 
Di kelopak hati yang ditinggal beku 

 Duhai yang kupanggil sayang...
 Segugus Syukur keserah padaNYA
 Yang telah meminjamkan kamu untuk aku 
Seiring sudi melangkah 
Biar aku hanya sekuntum mawar 
Yang terbiar layu 

 Duhai kasih.... 
Biar yang lain menyisih... 
Aku akan tetap setia disini.... 
Terus mencipta selaut bahagia... 
Kerana ada kamu buat seorang aku!.

No comments:

Post a Comment