Sunday, February 6, 2011

~~Bab 8~~

Malam itu apabila mereka berkumpul, teruk Syuhada diperli oleh rakan serumahnya. Cuma Mazni yang berkecuali. Kebetulan malam itu malam minggu. Malam minggu biasanya Syuhada tidak pergi ke kelas bimbingannya walaupun ada di antara pelajarnya yang meminta.

“Yang kau orang sibuk tanya mcam polis pencen, kenapa?” Syuhada bertanya geram. Jemu dia menjawab pertanyaan dari mereka berdua. Sudah-sudahlah tu!!......Bosan betul...Tanyalah soalan yang ilmiah sikit....cewahhh.
“Dia yang telefon kau tiap-tiap malam ke Syu?” tanya Ruzian. Dia yang lebih-lebih teruja.
 “Mulanya aku sangka macam tulah. Suara dia hampir sama. Tapi bukan. Yang telefon tu nama dia Shahrul. Yang tadi tu Riezman” jawab Zullada tanpa prasangka. Tapi siapa pun Shahrul.....siapa pun Riezman...peduli apa dia.
Mazni tersenyum. Rupanya Syuhada tidak tahu. Pandai kau Shahrul Riezman. Bila Syuhada tahu nanti, tahulah kau akibatnya. Jangan dijolok sarang tabuan yang satu ini. Bila angin dia datang, kalau semua jenis ribut..
“Kalau akulah dapat lelaki macam Riezman tu, seluruh bandar aku tayang” kata Aznah sambil tersenyum meleret. Sengaja membakar perasaan Syuhada.
“Kau fikir lelaki macam tu boleh percaya?? Lebih-lebih lagi muka macam dia”
"Kenapa dengan muka dia??" tanya Aznah hairan.
"Muka tak tau malu...."
“Tak baik macam tu Syu. Entah-entah dia memang sukakan Syu. Kak Maz perasan tadi, dia selalu renung Syu. Cara dia tengok Syu tu lain lah” Mazni bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“Sukakan Syu Kak Maz? Baru tiga kali terserempak dah suka. Itu namanya mata keranjang” Syuhada tidak mahu mengalah. Tidak faham dia kenapa semua orang mesti menyebelahi lelaki itu.
“Mana tahu Syu. Jatuh cinta pandang pertama” Ruzian pula bersuara. Syuhada sekadar mencebik. Ada ke lagi jatuh cinta pandang pertama?
“Dia kerja apa, Syu?” tanya Aznah lagi.
“Manalah aku tahu” Syuhada menjawab acuh tak acuh. Matanya tertumpu ke kaca televisyen yang sedang menayangkan program Hiburan.
“Tengok gaya macam manager. Manager Bank kut” Ruzian pula meneka.
“Pakai jeans dan T-shirt macam tu kau kata manager bank. Entah-entah office boy. Dahlah, kalau kau orang masih lagi nak cerita pasal dia, aku naik atas. Rimaslah aku dengan benda-benda macam ni. Tak masuk akal langsung nak bergosip tentang dia”
Mereka semua terdiam. Mazni cuma tersenyum melihat telatah mereka. Terbayang wajah Shahrul Riezman di ruang matanya. Dilihatnya pula Syuhada yang begitu khusyuk mendengar lagu dendangan Dayang Nurfaizah. Mereka kelihatan sepadan siang tadi bila duduk bersebelahan.
Malam semakin larut, mata Syuhada masih lagi terkebil-kebil memandang kipas yang berputar di atas kepalanya. Perbualan dengan rakan-rakannya tadi sedikit sebanyak terkesan di hatinya. Manalah tahu jatuh cinta pandang pertama …… teringat dia pada kata-kata Ruzian. Terkenang pula pada Zulhilmi. Dulu pun Zulhilmi jatuh cinta padang pertama ….. tapi kesudahannya? Di mana kau Hilmi? Dicelah-celah kelopak hatinya....wajah Zulhilmi bertandang lama. Tiba-tiba telefon berbunyi. Mesti dia. Dia bangun lalu terus turun ke tingkat bawah. Daripada dia menyulam pilu mengingatkan kisah lama...baiklah bersembang dengan lelaki itu. Kedua-dua bilik temannya sudah pun gelap. Tentu sudah tidur.
           “Hello, Assalammualaikum” sapa Syuhada sebaik sahaja gagang telefon diletakkan di cuping telinganya.
“Waalaikummussalam. Belum tidur lagi? Tunggu saya  telefon ye?”
“Jangan perasanlah Encik Shahrul. Saya tak mengantuk lagi. Dah biasa tidur lewat”
“Yelah, tentu awak tak boleh tidur selagi tak dengar suara saya kan?”
Heeei …tak habis-habis perasan. Dia ingat suara dia romantik. Memang romantik pun. Tapi tidaklah sampai aku terigau-igau.
“Awak tak keluar ke malam minggu macam ni?”
“Awak tak nak temankan. Semalam saya ajak keluar awak kata sibuk. Betul ke awak sibuk. Entah-entah awak keluar dengan someone else tak?” Shahrul Riezman saja menduga.
Dia tahu ke aku keluar siang tadi? Terserempak pulak dengan Riezman.Hmmm....tak ada salahnya pun kalau aku keluar.
“Kalau saya keluar dengan orang lain pun tak ada salahnya kan? Saya bukan wife sesiapa” Shahrul Riezman ketawa.
Be my wife mahu?” Syuhada pula yang ketawa.
“Saya dalam senarai yang ke berapa awak offer macam tu” Shahrul Riezman sudah menjangka jawapan Syuhada. Membela diri pun tak guna.
“Awak macam prajudis dengan lelaki, kenapa? Awak pernah ada pengalaman buruk dengan lelaki ke?” Shahrul mula mencungkil rahsia.
Syuhada terdiam. Lama dia berjeda. Pengalaman buruk? Apakah rentetan hubungannya dengan Zulhilmi, pengalaman buruk? Apakah sikap ayahnya yang tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya, pengalaman buruk?
“Kita keluar esok” Shahrul Riezman mengubah topik perbualan mereka bila tidak mendapat respon dari Syuhada. Tak apa esok masih ada untuk dia mengetahui siapa Syuhada.
“Tak boleh. Esok saya nak balik kampung”
“Kampung awak dekat mana?”
“Di Pontian juga”
“Yelah. Tapi Pontian ni banyak kampung, banyak parit. Mana satu kampung awak?”
“Awak ni bertanya mengalahkan polis pencen. Awak nak ikut saya ke?” tanya Syuhada geram.
Sudahlah sepanjang hari tadi dia diasak dengan berbagai soalan. Dengan Riezman. Dengan Aznah dan Ruzian. Kini Shahrul pula. Masa dia menduduki STPM dulu pun tidak perlu menjawab soalan yang sebanyak ini.
“Boleh ke?”
“Boleh apa?” tanya Syuhada keliru.
“Ikut awak balik kampunglah” Syuhada ketawa lagi.
“Awak tak malu ke ikut orang yang awak tak kenal?”
“Saya dah kata saya kenal awak”
“Dari mana awak kenal saya?”
“Dalam mimpi” Syuhada ketawa lagi. Buat lawaklah pulak mamat ni. Mimpi yang hanya mainan tidur pun nak dijadikan bahan bukti. Kelakarnya....
“Tahu nama saya pun dari mimpilah?” Syuhada bertanya di hujung ketawanya. Sudah lama persoalan itu berlegar di mindanya.
Shahrul Riezman terdiam. Bila soal nama dipersoalkan, dia serba salah.
         “Awak percaya pada mimpi?” seperti biasa Shahrul Riezman akan membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
“Entah. Mimpi kan mainan tidur. Awak tidur tak basuh kaki tentulah mimpi yang bukan-bukan” giliran Shahrul Riezman pula ketawa.
“Kalau mimpikan awak, tak payah basuh kaki pun saya sanggup”
“Okaylah saya dah ngantuk. Saya nak tidur”
“Dah jemu saya dengar alasan itu. Esok kan tak kerja. Ajak awak keluar, awak tak nak. Berbual dengan saya pun tak nak”
“Kita dah terlalu lama berbual Encik Shahrul. Baik awak tidur dari bazirkan bil telefon. Lagipun saya masih letih”
           “Awak pergi mana seminggu?” itu pula soalan yang keluar dari Shahrul Riezman.
“Saya pergi PD. Seronok. Dah lama saya tak pergi pantai” lancar pula Syuhada menjawab. Tidak seperti malam-malam sebelum ini. Pasti ada soalan balas. Semakin lama dia merasakan semakin selesa berbual dengan Shahrul Riezman.
“Awak pergi seorang?” Shahrul Riezman mula mencungkil rahsia. Syuhada tersenyum kecil.
“Ramai” jawabnya sepatah.
            “Buat apa? Tak kan mandi di pantai sampai seminggu?”
“Saya pergi kursuslah Encik Shahrul. Bukannya pergi berkelah seperti yang awak sangkakan. Awak ni kan busy body. Biasanya orang perempuan aje ada perangai macam tu” Shahrul Riezman pula ketawa. Senang hatinya. Terjawab sudah soalan yang sering menimbulkan sangsi di hatinya.
“Kalau saya tak busy body, awak tak cerita ke mana awak pergi”
“Buat apa saya cerita. Awak bukannya sesiapa dengan saya”
“Kita keluar esok, Syu” sekali lagi Shahrul Riezman mengajak.
“Malas. Lagipun saya kan nak balik kampung”
“Minggu depan boleh?”
“Saya tak pernah merancang awal”
“Susahnya nak ajak awak keluar”
“Tau tak apa. Lain kali tak payahlah ajak. Tak payah nak bazirkan bil awak tu dan tak payah jugak  bazikan air liur awak nak mengayat. Dahlah, saya dah penat berbual ni. Bye”

Klik …. Gagang telefon diletakkan. Shahrul Riezman tersenyum. Semakin faham dengan sikap Syuhada. Malam semakin larut namun matanya masih sukar untuk dipejamkan. Jauh di sudut hati dia semakin yakin dengan firasat dalam mimpinya. Wanita itu mungkin bidadari mimpinya.......

1 comment:

  1. Shahrulni suka kacau hidup orang. Hihi.. Bilalah Syu terima Shahrul ye?

    ReplyDelete