Tuesday, April 30, 2013
Bulan Yang Satu
Aku mencintai matahari... kata bulan.
Kerana ia dapat membuatku bersinar indah di waktu malam.
membuat aku selalu ditunggu oleh para pencinta malam
dinanti oleh pujangga yang menulis bait-bait puisi cinta
Aku ingin menemani bulan... kata bintang
meski bulan hanya menanti matahari
namun aku sangat merindukannya
dan aku tetap akan menatap bulan
sambil berharap satu hari nanti
bulan dapat mencintai aku
dan ketika itu aku akan terus terbang ke langit
untuk menemani bulan sampai bila-bila
Thursday, February 14, 2013
CINTA ITU BAHAGIA
Dia sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa dia bukan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim Alaihis-Salam. Siti Hajar yang menggambarkan keyakinan seorang isteri solehah kepada Allah Azza wa Jalla, tunduk akan perintahNYA dan tidak menjadi bingung walau tidak dihirau suami. Siti Hajar yang yakin bahawa Allah tidak akan membiarkannya seorang diri walau dia diletakkan di tempat yang tidak ada air. Dia tahu dia tidak sesabar Siti Hajar.
Dia bukan Siti Hajar.
Dia tidak sehebat itu.
“Perkahwinan merupakan bentuk hubungan rumah tangga yang paling agung, maka Islam melengkapinya dengan berbagai tanggungan, memberi hak kepada setiap pasangan. Jika kewajipan masing-masing terlaksana, pasti akan tercipta ketenangan dan kebahagiaan.”
Dia teringat pada pesan arwah ibunya sehari sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Terimbas semula wajah sayu arwah ibunya saat izin diberi.
“Kita tak ada sesiapa, ibu khuatir andai Adni dipersia.”
Wajah ibunya dipandang lama. Adni menarik nafas dalam-dalam.
“Insya-Allah Irfan Zaim tak akan persiakan Adni. Bukan sehari dua kami kenal.” Adni menanam yakin.
“Benar. Sudah bertahun kamu berkasih. Namun tidak sehari pun ibu Zaim restu akan hubungan kalian. Datin Kamalia tetap tak sudi bermenantukan Adni. Walau tinggi bergunung pun kasih Zaim pada Adni, ibu tetap bimbang.”
Adni kembali memeluk tubuhnya. Angin malam yang menampar terasa sejuk hingga ke tulang. Ibu.....bimbang ibu jadi nyata...bisiknya pada gelap malam. Tubir matanya terasa hangat tiba-tiba. Sungguh dia tidak punya sesiapa untuk mengadu. Ayah sudah lama pergi. Malah tidak sempat pun mewalikannya. Ibu pula.....menyusul arwah ayah selepas enam bulan dia sah menjadi isteri Zaim Irfan. Lantas pada siapa harus dia berkeluh resah? Pada siapa harus dia berkongsi rasa?
Zaim Irfan?? Suaminya itu????
Entah! Aduhai....isteri apakah dia sehingga suami di mana pun dia tidak tahu. Nafas berat dihambur keluar. Kasar sahaja bunyinya.
Dia bukan Siti Hajar
Dia tidak seyakin wanita hebat itu.
Malah untuk mencontohi kesabaran wanita agung itu pun serasa tidak mampu.
Segala-galanya bermula amat pantas dan sedikit sukar dikutip ingatan itu semula. Satu per satu. Seringkali dia bertanya pada diri, adakah dia sedang bermimpi atau sedang berenang di lautan hakikat?
Dia barangkali bermimpi jika masih tidur.
Namun bila sedar, hari-harinya mulai sepi. Tiada siapa hendak diajak bicara. Dan yang tinggal hanya ruang-ruang kosong. Rutin itu pula berulang-ulang. Bermula hari demi hari, kemudian berganjak ke minggu dan sehingga hari ini sudah makan berbulan lamanya....akhirnya dia sedar dia tidak bermimpi. Tidak pernah bermimpi pun.
Dia masih bernafas, masih bernyawa malah masih mampu berjalan di muka bumi.
Dia mesti meneruskan kehidupan.
“Adni janji dengan ibu..... tak akan rebah walau dipersia suatu hari nanti. Adni mesti seyakin Siti Hajar saat dia ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tengah-tengah Kota Mekah yang kering kontang. Yakin bahawa Allah tidak akan melalaikan dan menyia-nyiakan Adni. Adni janji dengan ibu ya.” Jari-jemarinya ibu genggam erat.
Adni memejamkan mata erat-erat. Wajah arwah ibu terbayang lagi. Kata-kata arwah ibu dua minggu sebelum dia pergi kembali terngian-ngiang. Arwah ibu bagaikan sudah terhidu apa yang akan berlaku. Mata tua itu bagaikan dapat melihat ketidaksempurnaan rumah tangga yang dibinanya.
Benar ibu. Benar kata-kata ibu.
Bukan mudah mempertahankan kasih andai ada yang benci.
Sukar untuk meneruskan cinta andai ada yang tidak suka.
Sunday, January 20, 2013
Tuesday, October 9, 2012
Nasihat Sang Pokok
Hai alls... :))
Sebenarnya dh lama sgt tak update blog...
Entri kali ini saya nak menulis tentang pokok. Tentang apa yang saya pelajari dari sepohon pokok...
:;Bila melihat pokok yg teguh berdiri ::
-->1. Stand still and proud
~~berdiri tegak, teguh dan bangga menjadi dirimu
-->2. Go out on a limb
~~tegakkan kebenaran walaupun pahit dan terasing
-->3. Remember your roots
~~sentiasa ingat asal usulmu dan jangan sesekali lupa diri
-->4. Drink plenty of water
~~jaga kesihatan dan keperluan asas mu
-->5. Be content with your natural beauty
~~syukuri keindahan penciptaan diri mu
**mengharap nasihat sang pokok ini akan memberi inspirasi untuk naskah akan datang**
Thursday, June 21, 2012
Naik ke atas
"Enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas....."
Ingat lagi lagu tu????
Ada nostalgia yang indah
kenangan waktu kanak-kanak.
cuba renungkan, siapa yang akan naik ke atas??
Bagi saya, manusia yang akan 'naik ke atas' adalah
mereka yang perkasa jiwanya.
Kecemerlangan itu adalah milik mereka yang berjaya
menongkah segalanya dengan kesabaran dan ketabahan.
Thursday, June 14, 2012
Antologi Cerpen 1
Sedang menunggu yang ini.....
Inilah penulisnya – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.
Tuesday, June 5, 2012
Cinta Itu Bahagia
“Abang
tidur mana malam tadi?” soalnya.
Zaim
Irfan memandang wajah isterinya. Dipandang lama. Serasa sudah lama dia tidak
menatap wajah itu. Ya....ada rindu yang berdesir. Rindu yang tidak mungkin pernah
padam. Rindu yang hanya untuk Adni. Perlahan dia menapak menghampiri isterinya yang
sedang menuang air Nescafe ke dalam cawam. Sejurus kemudian sebuah kucupan
jatuh di dahi isterinya. Lama bibirnya mendarat di situ.
Adni
nanar seketika. Keliru! Jiwa kian keliru. Ada waktu Zaim Irfan hangat seperti
dulu. Namun ada ketika suaminya itu bagai hanyut dibuai resah. Apa sebenarnya??
“Adni tunggu abang malam tadi?” soalnya setelah duduk di kerusi.
*****Semuanya ada dalam KC1000W*********
Subscribe to:
Posts (Atom)


