Wednesday, May 4, 2011
Monday, May 2, 2011
~~Bahagia UntukMu~~
Akankah cinta ini abadi
Disaat hidup tak lagi damai
Akankah kisah ini selalu ada
Walau hanya didalam mimpi
Biarlah waktu yang kan menjawab
Kisah cinta yang ku jalani
Mungkin semua ini, tak akan terjadi
Tak akan terjadi
Izinkan aku mencintaimu (untuk selamanya)
Jadikan aku raja (dihidupmu)
Biarkan hati ini (memujamu)
Karena itu bahagia untukmu
Bahagia Untukmu
Izinkan aku mencintaimu
Jadikan aku raja
Karena itu bahagia untukmu
Disaat hidup tak lagi damai
Akankah kisah ini selalu ada
Walau hanya didalam mimpi
Biarlah waktu yang kan menjawab
Kisah cinta yang ku jalani
Mungkin semua ini, tak akan terjadi
Tak akan terjadi
Izinkan aku mencintaimu (untuk selamanya)
Jadikan aku raja (dihidupmu)
Biarkan hati ini (memujamu)
Karena itu bahagia untukmu
Bahagia Untukmu
Izinkan aku mencintaimu
Jadikan aku raja
Karena itu bahagia untukmu
Saturday, April 30, 2011
~~Bab 12~~
Benar
seperti telahannya. Wanita itu betul-betul kecil hati dengan pertanyaannya
tempoh hari. Padan muka aku …. Desis hatinya. Telajak perahu boleh diundur,
telajak kata .. inilah padahnya. Hati sendiri terjeruk. Merana menahan hati.
Semua yang dilakukan serba tidak kena. Selepas kejadiaan itu mereka tidak
pernah bertemu. Bercakap di telefon jauh sekali. Sudah berpuluh kali rasanya
dia mendail nombor telefon rumah wanita itu namun tidak pernah berjawab. Ke
mana mereka pergi? Tak kanlah keempat-empat mereka bersepakat. Boikot!...Mustahil
Syuhada bercerita yang tidak-tidak. Wanita yang berat mulut itu mustahil akan
bercerita tentang pertemuan mereka yang secara kebetulan di penghujung benua
Asia tempoh hari.
Malah takdir pun seolah-olah tidak
membenarkan lagi kebetulan di antara mereka. Kalau sebelum ini mereka sering
terserempak tanpa dirancang.....tapi kini bayangnya langsung tiada dimana-mana.
Aduhh.....dimana harus kujejaki dia??? Macam biskut chipsmore betul lah dia
ni....kejap ada, sekejap tak ada......
Puan
Rosmah keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air oren. Sudah sedari
tadi dia memerhatikan keresahan anak bujangnya itu. Entah berapa kali beranda
rumah itu diukur tanpa kayu pengukur. Berjalan keulu dan ke hilir. Jarang dia
melihat anaknya yang happy go lucky
itu berkeadaan seperti itu. Puan Rosmah duduk di bangku sambil terus
memerhatikan anaknya. Lama dia duduk tanpa bersuara.
“Man
…. Mari duduk dengan mama sini. Pening kepala mama tengok Man mundar mandir
macam ni” Shahrul Riezman tersentak. Tidak disedari langsung kehadiran mamanya.
Terlalu asyik mencerna minda mencari idea sehingga derap langkah mamanya pun
tidak kedengaran.
“Mama
ni, terkejut Man tau. Lain
kali panggillah lembut-lembut sikit. Kalau Man ada sakit jantung mahunya rebah kat sini. Ha .. sapa yang susah.
Mama juga yang susah kan?” Shahrul Riezman duduk disebelah Puan Rosmah sambil
melentokkan kepalanya ke bahu ibunya.
“Sudah
… sudah… dah besar panjang macam ni pun nak manja lagi. Tak malu ke ditengok
orang” Puan Rosmah menolak lembut kepala Shahrul Riezman. Anak bujang yang
sudah terlajak umur ini memang betul-betul manja.
“Alah
mama ni. Bukannya ada orang lain pun. Kalau bukan dengan mama, dengan siapa
lagi Man nak bermanja. Tak kan nak bermanja dengan Kak Long kut. Tak
pasal-pasal nanti Man kena hambat dengan abang long”.
“Awak
tu patutnya sudah beristeri. Bermanja …. Berkasih sayang dengan isteri. Ini
tidak, entah sampai bila nak membujang. Dah masuk dalam kategori bujang telajak
ni tau” Puan Rosmah mula mengatur strategi. Sudah puas dia menyuruh Shahrul
Riezman berkahwin. Namun tidak pernah diendahkan. Entah siapa yang ditunggu.
Kerjaya sudah mantap, rumah pun dah tersedia......tapi permaisuri yang ditunggu
tidak juga kunjung tiba.
“Hisyy
mama ni..... sensitif tau sebut bujang terlajak tu. Mana ada terlajaknya. Man
baru 31 tahun, muda lagi la”
“Muda
apa bendanya Man.....along tu baru 32 tahun tau, anak dah dua. Beza setahun je
dengan Man”
“Sapalah
yang nak dekat Man ni mama……” Shahrul Riezman mengeluh. Terkenang pada Syuhada.
Ke mana kau menghilang Syu ?…. Lirih hatinya. Dia rindu tiba-tiba. Rindu pada
seraut wajah selamba itu. Lesung pipit yang baru dilihat sekali.....alangkah
manisnya. Syuhada sangat menarik dengan perwatakannya yang tersendiri.
“Aiekkk
…. Punyalah handsome anak mama ni,
tak ada yang berkenan ke? Mama carikan nak? Dekat sekolah mama dulu, ramai
cikgu-cikgu perempuan baru posting.
Man nak yang macam mana. Yang tinggi …. Yang rendah …. Yang putih …. Yang hitam
manis. Man cakap aje. Yang lain-lain mama uruskan” bersungguh-sungguh Puan
Rosmah.
“Agh,
mama ni. Macam mengidam sangat nak ada menantu. Kak Long tu kan dah ada. Cucu
pun dah ada. Entah-entah mama dah jemu melayan Man tak. Dah tak suka Man duduk
sini” Shahrul Riezman mula meneguk air oren yang ada di hadapannya.
“Ke
situ pulak budak bertuah ni. Jangan nak berdrama dengan mama la. Cuba
Man tengok abang dengan kak long. Man tak teringin ke macam tu?”
“Teringin pun mama, nak buat macam
mana. Orang tak sudi” Puan Rosmah mula menangkap sesuatu. Dia memandang Shahrul
Riezman sambil tersenyum-senyum.
“Laa…yang mama tersengih-sengih ni
kenapa? Macam la Man ada buat lawak”
“Siapa yang tak sudi dengan Man. Cuba cakap dengan mama, nanti mama tolong
promosikan Man pada dia” Shahrul Riezman tergelak melihat telatah ibunya. Ada
ke aku nak dipromosikan. Kalau ya pun mama nak buat promosi, betul tentu Syuhada
akan tertarik dengan iklan mama. Bukankah wanita itu beku hatinya??? Kalau
dicampakkan ke Kutub Utara sekalipun, tentu dia dapat bertahan....tidak akan
mati kesejukan. Bukankah suhu perasaan wanita itu sama dengan suhu dekat Kutub
Utara sana???
“Dahlah
mama. Belum sampai jodoh lagi. Mama jangan bimbanglah ada jodoh nanti Man
kahwinlah. Tapi yang pasti mama pasti berkenan dengan pilihan Man” Shahrul
Riezman memeluk bahu ibunya. Semenjak ayahnya meninggal dua tahun lepas,
hubungan mereka dua beranak bertambah akrab.
“Man
dah ada pilihan ye?” Shahrul Riezman mengangguk pasti. Biarlah mama yakin bahawa
dia memang sudah ada pilihan walau hatinya sendiri buntu.
“Bawalah
ke sini. Biar kami berkenalan. Mama tak kisah siapapun pilihan Man, asalkan Man
bahagia” lega hati Puan Rosmah dengan
kenyataan anaknya. Sekurang-kurangnya Shahrul Riezman sudah berteman.
Sekurang-kurangnya dia tahu anaknya itu lelaki normal......masih mempunyai
keinginan untuk beristeri.
“Nak
bawak sini macam mana..... Man tak tahu nak cari dia dekat mana” Shahrul
Riezman melepaskan geram di hatinya. Sudah seminggu dia kehilangan jejak.
“Laa,
apa ni Man. Mama tak fahamlah. Tadi kata dah ada. Lepas tu tak tau nak cari kat
mana. Mana satu yang betul ni. Ada ke tidak ni? Man saja nak mainkan mama ye?”
Puan Rosmah sebenarnya keliru. Shahrul Riezman sekadar mengeluh. Belas hati
ibunya melihatkan keadaan dia yang begitu.
“Cuba
Man cerita pada Mama apa yang berlaku dalam hidup Man kebelakangan ini. Mama
tengok sejak Man balik dari bercuti di Tanjung Piai, Man resah semacam aje. Apa
masalah Man sebenarnya? Siapa yang rosakkan hati anak mama ni?” Puan Rosmah
mengelus bahu anaknya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran
anak terunanya itu. Namun dia cukup sedar yang Shahrul Riezman cukup perahsia
tentang hal-hal peribadinya. Sukar benar dia hendak berkongsi tentang
perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
“Tak
ada apalah mama. Mama jangan risau. Kalau Man dah confirm dengan that girl,
mama orang pertama yang akan tahu” sebenarnya dia malu hendak menceritakan
masalahnya. Mahunya mama kata aku bertepuk sebelah tangan nanti. Tak cukup hari
dia diketawakan nanti. Bukan Shahrul Riezman tidak tahu sikap ibunya.
“Istimewa
sangat ke dia sampai anak mama sasau macam ni” Shahrul Riezman sekadar
mengangguk. Memang Syuhada istimewa. Istimewa dimatanya. Puan Rosmah tersenyum
lebar. Dia yakin dengan pilihan Shahrul Riezman. Pastinya bukan calang-calang
orang. Kalau tidak masakan dia menunggu sehingga sekarang … usianya sudah
menjangkau 31 tahun.
“Perlukan
bantuan mama?” tanya Puan Rosmah perlahan.
“Belum
lagi mama. Kalau dah terdesak nanti, pasti mama calonnya” Puan Rosmah ketawa
kecil. Faham benar sikap anak bongsunya itu.
Friday, April 29, 2011
~~Aku Punya Mimpi~~
Aku punya hati
Hati yang tersimpan dipenjara rasa
Aku punya jiwa
Jiwa yang terbelai digelungan bahagia
Aku punya rindu
Rindu yang terukir bila hadirnya tiada
Aku punya resah
Resah yang terkumpul bila bicaranya bisu
Aku punya rasa
Rasa yang tersimpul cinta bila janjinya pasti
Aku punya mimpi
Mimpi yang terlakar untuk terus disisinya....
.....biar ada duka
.....biar ada luka
.....biar ada tangis
Kerana aku yakin pasti
bahawa suatu saat nanti
.....hati pasti tersenyum
.....bersama jiwa yang semekar warna pelangi
Tuesday, April 26, 2011
TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR
ANSWERING TECHNIQUE FOR SECTION B
TEKNIK
MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
Bahagian B
berbeza dengan bahagian A. Bahagian A menguji pengetahuan manakala dalam
bahagian B calon diuji Kemahiran Proses Sains [KPS]. Oleh kerana itulah,
terdapat soalan-soalan semacam bukan dalam topik yang diajar. KPS ini mempunyai
cara dan kaedah menjawabnya yang tersendiri. Oleh itu murid perlu memahami cara
untuk menjawabnya. Berikut diterangkan secara ringkas cara / kaedah untuk
menjawab.
PEMERHATIAN ( Observation ):
·
MELIHAT / PEMERHATIAN menggunakan 5 deria – perubahan
atau perbezaan yang berlaku selepas eksperimen dijalankan.
·
MENYATAKAN ( MENULIS ) HASIL
PEMERHATIAN
Pemerhatian boleh dalam bentuk perubahan /
perbezaan dari segi:
|
·
Saiz (
size )
·
bilangan
( number )
·
warna (
colour )
·
ketinggian
( height )
|
·
kuantiti
( quantity )
·
jisim (
·
berat (
mass / weight )
·
keadaan
( condition )
|
*Pemerhatian = hasil / keputusan
eksperimen (ujikaji)
What is your observation?
What can you say
about this fair test?
Pemerhatian: Lembu Q lebih
besar daripada Lembu P ( Saiz lembu )
( Obsevation ) ( berat lembu ditolak
= tiada dinyatakan besar dalam rajah )
Cow Q is bigger than Cow P // Cow P small, Cow
Q big
INFERENS:
Menyatakan sebab / memberi alasan
kepada pemerhatian yang berlaku.
...
Jadikan pemerhatian sebagai soalan dan cari jawapannya….
…… jawapan
kepada soalan itu ialah inferens !
Give one inference
from this fair test?
Give one reason
about the observation
Jika
pemerhatian: ( KENAPA ?)Lembu Q
Lebih besar daripada Lembu P
Inferes : kerana
Lembu Q makan lebih banyak daripada
Lembu P
( secara
mudah : Pemerhatian = akibat ( yang dilihat ) / Inferens = sebabnya )
Observation: ( Why ?) Cow Q is bigger than
Cow P // Cow P small, Cow Q big
Inferens :
Cow Q eat more than cow P //
Cow P eat less, Cow Q eat more
PEMBOLEH UBAH ( VARIABLE ):
Terdapat 3
pembolehubah:-
Malar ( Fixed Variable / constant
variable / control variable)
Yang sama, serupa, tetap atau tidak
berubah
Manipulasi (PM) ( To Change //
manipulate variable)
Yang diubah ( oleh manusia ) sebelum eksperimen dijalankan
bergerakbalas (PB) ( To Observe / to measure // responding
variable )
Yang berubah selepas eksperimen dijalankan ( berubah sendiri )
From the experiment, state
the thing :
3 langkah mencari
pembolehubah PM/PB dalam soalan:
Langkah1 – cari 2
maklumat yang berbeza
Langkah2 – tentukan
yang berubah ( sendiri dan yang diubah (
oleh manusia)
Langkah3 – Oleh itu
yang diubah = PM dan yang berubah = PB
Parameter dan objek
|
Parameter
|
Objek
|
|||||||||||
|
·
Saiz
·
bilangan
·
warna
·
ketinggian
·
kuantiti
·
jisim
·
berat
·
keadaan
|
Baja
Air
Pokok
|
|
Parameter
|
Object
|
|||
|
·
size
·
number
·
colour
·
height
·
quantity
·
mass /
weight
·
condition
|
Of
|
Air
plant
|
||
HIPOTESIS / HUBUNGAN / KESIMPULAN
( HYPOTHESIS / RELATIONSHIP / CONCLUSION )
- Draw one conclusion from the investigation above
- What you can conclude from the investigation above ?
- What is the relationship can you makes from this fair test ?
If To
Change ( less / more ),
than To Observe ( Less / More ) OR
The More / Less To Change, The More / Less To Observe
Semakin (pola) PM ,
Semakin ( pola ) PB Atau
Jika PM (
pola ), Maka PB ( pola )
|
Quantity of Cylinder
|
2
|
3
|
5
|
|
Number of wood when the structure collapse
|
1
|
5
|
3
|
= The More
quantity of cylinder, the more number of wood when the structure
collapse
= If quantity
of cylinder increase, number of wood when the structure collapse
increase
= semakin bertambah quantity of cylinder
semakin bertambah number of wood when the
structure
collapse
= jika quantity of cylinder bertambah,
maka number of wood when the structure collapse
bertambah
TAJUK / TUJUAN EKSPERIMEN (
PENYIASATAN )
( AIM / PURPOSE OF THE
EKSPERIMENT )
What is the purpose of
this experiment ?
What is the aim of
this experiment ?
To investigate the relationship between To Change
and To Observe .
Untuk menyiasat
hubungan antara PM dengan PB .
|
Quantity of Cylinder
|
2
|
3
|
5
|
|
Number of wood when the structure collapse
|
1
|
5
|
3
|
= To investigate
the relationship between Quantity of Cylinder and Number
of wood when
the
structure collapse
= Untuk menyiasat hubungan antara Quantity
of Cylinder dengan Number of wood when the structure collapse
POLA / CORAK: ( PATTERN / TREND )
Menyatakan
bentuk kenaikan / penurunan sesuatu nilai.
Hanya
terdapat 3 pilihan / cara jawapan untuk pola / corak, iaitu;
·
(semakin) menaik / meningkat / bertambah ( Increase
// Increasing // Ascending )
·
(semakin) menurun / berkurang / sedikit ( Decrease // Decreasing //
descending )
·
Tetap / sama / tidak berubah / mendatar ( same // not change )
TETAPI terdapat juga soalan
yang memerlukan gabungan 2 atau lebih pola / corak dalam satu jawapan.
State the pattern
of the number of the wood?
|
25
|
30
|
40
|
45
|
50
|
55
|
60
|
65
|
70
|
Menaik / increase
|
|
54
|
45
|
33
|
25
|
23
|
20
|
15
|
14
|
12
|
Menurun / Decrease
|
|
25
|
28
|
32
|
40
|
45
|
55
|
60
|
60
|
60
|
Menaik, sama / increase, same
|
|
5
|
15
|
25
|
35
|
45
|
45
|
45
|
40
|
35
|
Menaik,
sama, menurun // increase, same, decrease
|
RAMALAN ( PREDICT ):
Menyatakan
nilai yang sepatutnya berdasar nilai yang telah diberi. Kerja – kerja pengiraan
perlu dibuat untuk mendapatkan nilai tersebut.
Predict
the time taken when the quantity of
boxes is 4 ?
Contoh:
|
Jumlah baja (g)
|
10
|
20
|
30
|
40
|
|
Tinggi pokok kacang (cm)
|
24
|
28
|
32
|
36
|
Berapa tinggi pokok kacang jika 45g baja diberikan.
Pengiraan:
|
Jumlah baja (g)
|
10
|
20
|
30
|
40
|
|
Tinggi pokok kacang (cm)
|
24
|
28
|
32
|
36
|
Jumlah
baja meningkat sebanyak 10 jika 45 meningkat 5 ( separuh ), maka tinggi pokok
naik 4 dan jika 45 (juga terpaksa naik separuh iaitu 2) maka tingginya ialah 38
dan BUKAN 40 !
TETAPI
terdapat juga soalan yang bertanyakan tentang ramalkan apakah yang akan berlaku
jika…
Subscribe to:
Posts (Atom)



