Sunday, February 27, 2011

~~Andai nanti~~

andai nanti aku berhenti tersenyum..
andai nanti aku berhenti lakarkan kisah tentangmu..
andai nanti kita tidak lagi seperti dulu 
hingga tercipta ceritamu,cerita ku..
andai nanti tiada lagi bicara antara kau dan aku..
mahukah kau ampuni aku..
kerana ketika semua itu menyapa..
bermakna  telah tiada kamu di hatiku.

andai waktu boleh kuraih kembali..
akan kucari ruang sekali lagi..
menghimpun yang baik untuk dikenang..
takkan ada kesalahan untuk dibenci..
takkan ada luka, dan rasa pedih..
...semuanya akan tetap indah.
 Bila pasti telah tiada kamu dihatiku..
Aku pasti tidak seindah mentari lagi ..
megah terang menghias siang..
Aku mungkin hanya sejalur pelangi ..
yang cuma menumpang cahayanya mentari ..
selepas hujan berlalu pergi.

Thursday, February 24, 2011

~~spontan.....bila mata tak mahu pejam~~


malam sudah lama menjemput
sejuk sudah lama membalut
sepi sudah lama bergayut
namun mengapa jiwaku masih kalut
.....resah risau berlagu jadi satu
.....marah geram terhimpun disitu
.....menghalau pergi damai dikalbu
.....mengapa tak cuba mengerti hatiku
nyanyian cengkerik mendodoi malam
Ingin ku puisikan
nyanyian hati berlagu suram
mengenang kasih berpaling sudah
mengusik jiwa yang mulai parah
....sampai hatimu
....membuang janji tanpa tanda
....meninggalkan aku tiada kata
....benarkah hadirku langsung tidak bermakna

Sunday, February 20, 2011

~~Rindu terbiar~~

pejamlah mata....
izin kudakap rindu ini
bersama lena tidurku
pergilah resah.....
usah ganggu rapuh jiwaku
bila indah mimpi
sudah lama merajuk
membiarkan malamku kian sepi
damailah sukma.....
biar tiada siapa yang peduli
pada seuntai rasa
yang telah lama kuhulurkan

Wednesday, February 16, 2011

16.2.11

ajar aku tentang rindu
saat hati dimamah sendu
ajar aku tentang sayang
saat wajahmu kian terbayang
ajar aku tentang kasih
saat benci kian menyisih
ajar aku tentang cinta
saat jiwa kian kaku dan beku

Tuesday, February 15, 2011

~~Bila Malam~~

maka hari pun merangkak
menyambut tirai malam
gelap bersama misteri
yang tak tersingkap oleh terang siang
malam kian sendu
purnama sudah lama membisu
rajuk pada cela tingkah
malu pada laku terlarang

saat si dengkang bernyanyi malam
nafsu mula mencari arah
lupa pada iktikad diri
pinggir jauh sebuah moral
kejahilan semakin parah tenatnya
titik pertemuan menjadi keaiban
tidak siapa mahu peduli

saat hati disentuh rasa
pedih luka pada sebuah khilaf
kesal pada lalai nafsu hati
lantas.......
ajar padanya seuntai pohon
beri padanya sebuah harap
seperti jentayu mengharapkan hujan.
(15.2.11~~9.56pm)

Monday, February 14, 2011

~~Bab 9~~


            Sesekali berkumpul, terasa meriah. Sudah lama mereka tidak berkumpul begitu. Syuhada leka bermain catur dengan adik lelakinya. Yang lain sibuk berbual sesama sendiri. Jarang sekali Sukri balik. Namun kepulangannya kali ini nampak lain. Baik. Leka melayan karenah adik-adiknya. Syuhada tidak ambil pusing. Memang dia sudah arif dengan perangai Alongnya. Baik-baik  mesti ada makna. Sebentar kemudian dia dipanggil oleh ibunya ke anjung rumahnya.
“Ada apa mak?” Syuhada duduk di hadapan mereka. Sukri tersengih-sengih di sebelah Zainab.
“Along kau ni dah nak kahwin bulan April nanti. Kau sendiri tahu kan?” Zainab memulakan bicara. Syuhada mengangguk.

31.1.2011

8.2.2011

Saturday, February 12, 2011

Salam Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Friday, February 11, 2011


mungkinkah mampu

~~Jemputlah Aku~~

                      Dia sudah tua.....usianya sahaja sudah menjangkau ke angka 77. Namun hidupnya bertemankan sunyi. Sepi bersendirian dari dulu hinggalah kini. Tiada teman berbual apatah lagi teman bergaduh. Dunianya hanya dirumah kecil yang dibina oleh badan kebajikan masyarakat lewat berpuluh tahun dulu.

Thursday, February 10, 2011


suara hati terdengar sunyi

dinding kamar menjadi saksi

irama rindu menjadi teman
tanpa terasa detikpun berlalu
belahan jiwa terus membeku
lalu....masih adakah sebahagian jiwa 
untuk raga yang selalu 
...hampa........

Monday, February 7, 2011

~~Dalam Hujan~~

~~Dalam Hujan~~
hati kian basah
dalam hujan yg menitis
beku bersama sejuk
lesu pun menyapa
rindu bertandang lagi
bersama percik titisan air
puas cuba diusir
kerana rindu itu membuah resah
resah pada sekeping hati
yang kian terpinggir lara
rintik hujan......
pergilah menjauh
buang butir rindu
yang kian menghimpit
pada dia yang entah dimana
(7.2.11~~3.28pm)

Sunday, February 6, 2011

~~Bab 8~~

Malam itu apabila mereka berkumpul, teruk Syuhada diperli oleh rakan serumahnya. Cuma Mazni yang berkecuali. Kebetulan malam itu malam minggu. Malam minggu biasanya Syuhada tidak pergi ke kelas bimbingannya walaupun ada di antara pelajarnya yang meminta.

“Yang kau orang sibuk tanya mcam polis pencen, kenapa?” Syuhada bertanya geram. Jemu dia menjawab pertanyaan dari mereka berdua. Sudah-sudahlah tu!!......Bosan betul...Tanyalah soalan yang ilmiah sikit....cewahhh.

Saturday, February 5, 2011

~~Diammu~~


~~Diammu~~
usah diam....
saat aku perlu bicaramu
menghapus curiga yang mengintai
menghalau gusar yang mula bertapak
bila hadirmu sering tiada
mengisi setiap pertemuan
mengapa diam....
saat aku perlu kata putusmu
pada sebuah ikatan hati
yang lama terjalin
terukir indah dibenak rasa
yang kian pudar
oleh diammu
atau akukah....
tidak berupaya mentafsir
lelah untuk menduga
takut untuk mengaku
bahwa diammu itu
.....adalah noktah sebuah rasa!.

Tuesday, February 1, 2011

~~Bab 7~~

Selepas mengunci keretanya, Syuhada menuju ke Badan Ilmiah Book Store. Sudah lama dia tidak membeli buku. Mungkin ada buku yang boleh memotivasikan diri atau novel terbaru. Agak lama dia berada di satu sudut. Di rak yang tersusun novel-novel penulis tempatan. Satu persatu dibeleknya novel yang ada di situ. Akhirnya dia memilih sebuah novel tulisan Kamariah Kamaruddin. Ilustrasi kulit yang cantik itu menarik minatnya. Benarkah kasih sayang tidak bersyarat? …. Ayat di kulit hadapan novel itu menyentuh hati kecilnya. Terkenang kembali kepada Zulhilmi. Akukah yang meletakkan syarat di atas kasih sayang yang tidak kesampaian ini? Sekeping hatinya diserbu pilu tiba-tiba.

Sedang dia leka membaca sinopsis yang berada di kulit belakang novel itu, tiba-tiba tubuhnya terdorong ke tepi. Terasa ada sesuatu yang besar melanggarnya. Cepat-cepat dia berpaut pada rak buku. Mujur tidak tumbang.

Sorry Cik. saya tak ……” pandangan mereka bersatu. Syuhada cuba mengingati di mana dia pernah terjumpa lelaki ini. Sorotan mata leleki itu…….macam kenal, tapi siapa ye???
“Syuhada!”